Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Last Comment

What site are you going to ...

2009-01-16 @ 11:01:23 am
by Jill Jones


Welcome Note

Image hosted by servimg.com   
Just having a website will not make you money if you do not understand the market or the business model in the first place. Also, if you want to take advice about making money online, make sure you're asking the right questions to the right people or you may end up spending a lot of money but not getting anywhere.Lots of love from Is (Malaysia)
Loading...
Enter your Email


Preview | Powered by FeedBlitz
Announcement Board
Dear Visitors, Please take your time to cast the vote on "What blog platform do you use most? TQ
  
  
Classifieds
Support Sponsor
create your own free blog
 Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net

Announce

rss Syndication

Mar/25/2008 

Pantang Larang Adsense

Berikut adalah beberapa pantang-larang Adsense yang perlu anda jauhi supaya akaun Adsense anda terjamin penggunaannya:-

a- Jangan klik pada Adsense sendiri.
b- Jangan suruh orang lain klik pada Adsense anda.
c- Jangan guna kotak pop-up untuk pemberitahuan mengenai Adsense anda.
d- Jangan letak Adsense anda di tempat-tempat yang terlarang.
e- Jangan palsukan kod Adsense anda.
f- Jangan letak lebih dari 3 unit Adsense dan 2 kotak carian didalam sesuatu laman web.
g- Jangan guna khidmat penukaran rangkaian trafik.
Is · 596 views · 6 comments
Categories: Ad Sense

Mar/25/2008 

Tentang Internet Marketing

nternet marketing (pemasaran internet) juga dirujuk sebagai online marketing (E-marketing). Ia adalah tentang cara pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan di internet. Penggunaan cara pemasaran internet telah memberi beberapa kelebihan seperti kos kendalian yang murah serta sasaran pengguna yang global .

Internet marketing memerlukan kreativiti dan pengetahuan aspek teknikal tentang internet seperti rekabentuk, pembangunan, pengiklanan dan jualan. Kaedah pemasaran internet termasuklah penggunaan Search Engine Marketing, paparan pengiklanan, email marketing, affiliate marketing, interaktif pengiklanan, reputasi pengurusan dan social media marketing.

Oleh itu, strategi pemasaran untuk memasarkan produk secara online seharusnya menekankan aspek-aspek yang merangkumi kaedah-kaedah seperti di atas bagi setiap model perniagaan yang dipilih kelak kerana model perniagaan melambangkan arah tuju perniagaan serta membawa identiti perniagaan tersebut. Secara asasnya ada 9 faktor yang diapplikasi dalam sesuatu model perniagaan:-

a- Kebolehan teras
b- Rangkaian pengkongsian
c- Konfigurasi nilai
d- Penawaran
e- Sasaran pengguna
f- Pemasaran dan pengedaran
g- Hubungan pengguna
h- Struktur kos
i - Perolehan pendapatan
Is · 132 views · 0 comments
Categories: Internet Marketing

Mar/05/2008 

Apa itu Social Media?

Social Media boleh diterjemahkan sebagai satu bentuk kumpulan perkongsian media secara online. Ia menggalakkan penyertaan/maklumbalas dari sesiapa jua yang berminat tanpa sempadan. Penyertaan adalah dalam bentuk pengundian, komen-komen dan perkongsian maklumat. Penggunaannya dilihat sebagai komunikasi 2 arah dan seterusnya membentuk sebuah komuniti tersendiri yang berkongsi minat yang sama dan akhirnya mengwujudkan jalinan persahabatan.

Secara asasnya terdapat 6 bentuk Social Media iaitu:-
a- Social Networks (Rangkaian Sosial)
My Space, Facebook, Bebo

b- Blog
Blog peribadi, blog politik, blog perniagaan

c- Wiki
Wikipedia

d- Podcasts
4Radio, Itunes Podcasts, Yahoo Podcasts

e- Forum
Forum komputer, forum politik, forum perniagaan

f- Content Communities (Kandungan Komuniti)
Flickr, del.icio.us, stumbleupon, digg, YouTube

g- Microblogging
Twitter, Message Dance, Pownce, Jaiko

Is · 150 views · 0 comments
Categories: Social Media

Feb/28/2008 

Asas Bina Blog - Bahagian 2

Platform blog bagaimana pilihan anda?

Pemilihan platform blog terbahagi kepada dua iaitu:-

a- Platform blog secara percuma.
b- Platform blog secara berbayar.

Platform blog secara percuma adalah seperti Sosblog.com , Blogger.com , WordPress.com dan lain-lain. Manakala platform blog berbayar adalah seperti WordPress.org, Movable Type, PMachine, Greymatter, B2 Evolution, Text Pattern, Expression Engine dan sebagainya.

Bagi kategori platform percuma, kebanyakan diguna oleh orang perseorangan dan lebih bertujuan sekadar hobi. Sebaliknya bagi kategori platform berbayar, tujuan mengadakan blog menjurus ke arah professional. Apa jua tujuan individu terbabit, penggunaan platform untuk kedua-dua kategori punya kebaikan dan keburukan tersendiri. Antaranya:-

Bagi kategori platform blog percuma. Kebaikan adalah:

a- Platform adalah percuma.
b- Rekabentuk template telah sedia ada.
c- Tidak perlu upload untuk mengemaskinikan blog (automatik upload)
d- Index dalam enjin carian adalah lebih cepat.

Keburukan bagi penggunaan platform blog percuma ialah:-

a- Konfigurasi terhad.
b- Rekabentuk template juga terhad.
c- Kurang kawalan ke atas blog terutamanya dari segi setting dan konfigurasi.

Untuk kategori platform blog berbayar pula, antara kebaikannya adalah:-

a- Kawalan penuh ke atas rekabentuk blog.
b- Memiliki url dan nama domain sendiri.
c- Nampak professional dan punya imej.

Walaupun begitu, masih tetap ada keburukannya seperti:-

a- Tanpa ada asas dalam I.T, susah untuk individu terbabit.
b- Kos untuk yuran platform berbayar.
c- Mengalami masalah untuk mengemaskinikan blog.
d- Pemilihan server yang mempunyai masalah hosting.

Oleh itu, sebelum anda berblog, fikir-fikirkan dahulu dalam kategori mana diri anda, Untuk permulaaan, biarlah menggunakan platform blog percuma. Bilamana diri sudah sampai ke tahap "expert" terpulanglah mengikut selera masing-masing.


Is · 188 views · 0 comments
Categories: Blogging Tips

Feb/28/2008 

Asas Bina Blog - Bahagian 1

Bagaimana untuk memiliki sebuah blog sendiri?

Artikel ini akan membawa pembaca memahami beberapa perkara mengenai isu-isu untuk difikirkan sebelum membina sesebuah blog anda sendiri. Antara persoalan-persoalan yang seringkali ditanya adalah seperti berikut:-

a- Platform yang sesuai untuk membina blog?
b-Adakah perlu menggunakan platform yang percuma ataupun berbayar?

Persoalan di atas adalah persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya apabila seseorang ingin membina sesebuah blog. Walaubagaimanapun, artikel ini sekadar mengupas kelebihan dan kekurangan atas dasar faktor-faktor pembinaan sesebuah blog dan penulis tidak sesekali mencadangkan ataupun memberi pendapat peribadi kerana kesemuanya bergantung kepada tujuan/matlamat asal individu terhadap blognya.

Sebelum penulis mengupas isu persoalan asas pembinaan sesebuah blog, berikut adalah faktor-faktor yang perlu dijawap sebelum anda bersedia membina blog anda sendiri:-

a- Apakah tujuan/matlamat untuk memiliki sebuah blog?
b- Berapa budget anda untuk membina blog?


Admin · 104 views · 0 comments
Categories: Blogging Tips